Shinda Seimura dalam kenangan..
Kakakku suatu masa dahulu ingat, ini adalah nama perempuan.. ya namanya mirip atau persis "Linda". Tapi sebenarnya di age of internet ini, setelah digeledahi, namanya yang sebenar adalah Sanada Yukimura.. yang diolah oleh Akimine Kamijyo dalam manga sejarahnya yang terkenal, Kyo Samurai Deeper. Dan sebenarnya watak Sanada Yukimura itu sememangnya wujud.. Dan aku mengenalinya melalui komik Kreko - Komik Remaja.. (Sanada Yukimura sangat keperempuanan dalam versi Akimine)
Kita di Malaysia, kononnya sebuah masyarakat yang nak hebat, cool, deep sentiasa, memandang rendah pada budaya kartun - anime - manga - komik ini, menyebabkan kartun kita pun tak bagus mana, apa yang kita ingat deep pun, tak adalah deep tera mana pun.. aku perati je budaya perlecehan ini.. memang ada pun.. Sebab itu kartun - komik kita tak boleh jadi industri yang bagi penghidupan kepada pengkarya-pengkaryanya seperti di US dan Jepun.. Animasi kita jauh terkebelakang berbanding animasi di tempat yang disebutkan.. animasi yang bertaraf seperti Persepolis (Perancis) pun kita tak ada.. Dan kebanyakan pengkarya-pekomik kita mati ditimbus nafsu serakah politikus dan mereka yang bermodal.. Mereka sendiri pun tak boleh hidup seperti di luar negeri..
Dalam manga ini, tak adalah yang begitu sejarah sangat.. tetapi mereka tak malu-malu memperkenalkan secara fiksyen tokoh-tokoh perwira mereka suatu masa dahulu.. Watak Tokugawa itu sememangnya wujud.. Jadi kita boleh belajar sejarah melalui fiksyen.. Fiksyen mereka bukan fiksyen yang kosong.. Fiksyen mereka adalah hasil dari pemerhatian dan pengamatan terhadap sejarah lampau mereka..
Kita?

Ulasan