Sabtu, 21 April 2018

Semuanya bergantung kepada diri sendiri..

Ya, sememangnya sebelum ini telah kukatakan tentang posisi keterhukuman kita di atas dunia, bahawasanya kita diturunkan di bumi untuk terhukum di sini..
Jadi bagaimana ia hendak diselaraskan dengan tajuk di atas, "Semuanya bergantung kepada diri sendiri"?
Ini menuntut pemahaman dan wawasan yang luas. Kita meskipun hidup terhukum, kita tidak boleh membiarkan yang lain menentukan untuk kita. Ia semacam free will dan deterministic bergumul atau bersetubuh melahirkan sebuah lagi sintesis yang akan menjadi antithesis baharu.
Umpamanya, kita menghadapi suatu masalah. Masalah yang sangat sulit dan bedebah sama sekali. Masalah yang begitu ruwet untuk diselesaikan. Terlalu akbar untuk dipecahkan.
Tetapi masalah itu dan semua masalah yang lain, hanyalah suatu permainan (game) sahaja. Ia hanyalah untuk menguji kemampuan akliah kita. Ia hanya nak uji sejauh manakah kemampuan kita untuk menyelesaikan masalah itu. Ia ibarat suatu adegan kemalangan yang ngeri, tetapi kau yang memerhati sedang mendengar suatu muzik yang halus atau rentak disko yang rancak. 
Ya, ianya memang tidak kena mengena antara satu sama lain. Tetapi kau harus tidak dikalahkan oleh masalah itu. Dan bonusnya, jika kau kalah sekalipun pada masalah itu, ia bukan masalah kau langsung. Ia adalah disebabkan keterbatasan atau kelemahan atau keterhukuman kita di atas takdir yang tidak dapat kau ubah.

Dan ini bukanlah sesuatu yang baru.
Aku fikir pengikut-pengikut Epicurus dan Stoic telah lama memikirkan hal ini.

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...