Khamis, 19 April 2018

Patriarki bukan dalam agama sahaja..

Patriarki adalah suatu term yang cukup menjelaskan tentang penindasan terhadap perempuan. Dalam kata lain, penindasan atau perlecehan terhadap perempuan dapat diringkaskan dengan perkataan 'patriarki'. Tetapi patriarki bukanlah hanya berlaku dan mesti berlaku dalam kehidupan beragama sahaja. Bahkan lebih buruk dan sewenang-wenang berlaku dalam dunia sekularisme yang memuja materialisme - walaupun aku seorang sekular.

Tetapi ini tidaklah mendapat perhatian yang mendalam dari sekular-sekular yang begitu garang menyerang agama. Perhatian dan pemfokusan mereka begitu sepele dalam penindasan perempuan yang berlaku dalam kem mereka sendiri. Bahkan agama nampaknya lebih menjaga perempuan jika dibandingkan dalam perlecehan-penindasan perempuan pada dunia sekularisme yang memuja materialisme - terpaksa disebutkan 'dunia sekularisme yang memuja materialisme' kerana bukan semua sekular atau alam pandang sekular yang memuja materi - dan materi yang dimaksudkan di sini bukanlah materi/al/isme yang dimaksudkan oleh Karl Marx - tetapi materi-duniawi, atau mungkin lebih tepat candu hedonisme. dalam pandangan dunia seperti ini, perempuan lebih tak terarah.

Perempuan menjadi mangsa seks - pelacuran, pornografi, kelab malam (gro), rumah merah dll dan hampir jarang kau dengar ada pihak sekular (yang disebutkan khusus di atas tadi) akan marah-marah. 

Jadi perempuan dari perspektif agama, diikat dengan tanggungjawab sementara perempuan dari perspektif yang disebutkan di atas, menjadi pelacur. Diikat dengan tanggungjawab dalam ertikata menjadi isteri, menjadi ibu, menjaga kebajikan suami dan anak-anaknya - tanpa dinafikan kewajiban lelaki untuk berlaku sama terhadap isteri dan ibunya. Dalam perspektif agama, ketaatan kepada ibu adalah nombor satu. Adakah ini patriarki? Kesetiaan terhadap pasangan (perkahwinan), adakah ini patriarki?

Mungkin sekular yang disebutkan di atas harus meramahi idea-idea (atau ilham/wawasan) sufistik. 

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...