Kritikan terhadap kritikan Chorak Dunia.

Ya, ia adalah sebuah blog(ger) yang menarik untuk dibaca. Antara sosok yang tak dikenali, yang menarik untuk dikenali.
Tapi kritikannya terhadap filem, bukanlah semuanya tepat. 
Bila dikritik filem KL Gangster, dikatakan bahawa filem KL Gangster tidak setaraf Godfather,
Itu benar. Tapi samakah persamaannya itu?
KL Gangster lebih rapat dengan Young and Dangerous (samseng Hong Kong). 
Ya, memang ada budaya Godfather dalam dunia bawah tanah (underground) kita bahkan juga #politaik. Tetapi untuk disamakan KL Gangster dan Godfather, Chorak Dunia harus cari filem lain. 
Dan bagaimana mahu disamakan filem antarabangsa dengan filem tempatan? Meskipun aku tak suka semua produksi dari Skop Production, tapi karya/buah tangan Shamsul Yusof layak diberikan pujian.
Aku suka bila Shamsul Yusof cuba bawa kelainan dalam filem-filemnya, untuk dibezakan dengan filem-filem Melayu yang lain, termasuk filem-filem ayahnya!
Kalau kita tengok filem Shamsul, dia tak mahu bermain dengan terlalu banyak sangat drama. Dia seakan nak buat action non stop! Watak perempuan yang merengek dan picisan hampir tak ada atau jarang-jarang ada. Soffi Jikan, aku rasa namanya naik melalui filem-filem terbitan Shamsul Yusof.
Dan filem aksi, tidaklah boleh diteropong melalui lensa falsafah yang deep-deep itu. Nilailah dengan adil sepertimana menonton filem-filem Jackie Chan. Mungkin Shamsul Yusof tak berminat pun nak memberi makna yang terlalu banyak dalam filemnya. Sekadar buat yang terbaik, dan untuk kita berseronok.

Itu pun dah cukup baik. 

Ulasan

Catatan Popular