hanya tulis benda-benda yang menarik hati..
Dah lama tak menulis di blog ini.. benar.. penulis kena selalu melatih dirinya menulis.. dan bukanlah tidak ada benda yang hendak ditulis.. tetapi terlalu banyak benda yang hendak ditulis.. dan ada tujuan penulisannya untuk propaganda, pemberitahuan, pengumuman, cetusan idea, untuk tulis buku atau refleksi diri - muhasabah atau terapi.. aku kira yang terakhir lebih kepada untuk pengisian di blog ini..
Baru-baru ini aku terjumpa satu link komik Hong Kong -setepatnya semalam- http://komikhkaaw.blogspot.my
Ini antara benda menarik yang aku jumpa.. Dan aku mula menanamkan hasrat untuk membaca sehingga habis, sebuah komik sebulan (komik Hong Kong, tak termasuk manga dll)
Tony Wong antara yang paling aku minati, antara karyanya seperti Dewata Raya, Jejak Wira, Dendam Kesumat, Alam Perwira, Anak-anak Wira dll lagi. Untuk bulan ini, aku cuba untuk mengkhatamkan Anak-anak Wira ini..
Sememangnya karya-karya beliau (dan banyak lagi komikus Hong Kong) bukanlah bersifat politikal, ianya mempunyai trademark yang tersendiri, iaitu berfokus kepada kungfu/seni beladiri/pertarungan.
Tetapi dalam Anak-anak Wira ini, antara karya yang menggamit memori ketika aku kecil, ialah ketika dalam episod satunya, bercerita tentang Juara (karekter utama) yang menangkap tikus untuk dijadikan makanan.. hanya bab ini yang sangat melekat dalam memori aku..
Dan meskipun karya ini tidaklah revolusi mana -mungkin Tony tidak mahu ditangkap atas tuduhan subversif- karya ini tetaplah menceritakan tentang keadaan dan latar belakang China yang suatu masa dahulu juga, tak terlepas dari zaman pemerintah yang bobrok lagi korup..
Latar yang dinyatakan beliau sangat menggigit..
Ini gambar komiknya.. Link yang aku bagi di atas, boleh dibaca secara percuma komik-komiknya bahkan boleh di-muat turun juga..

Ulasan