Belajar (real)Politaik dari Young and Dangerous.


Ada orang nak belajar sesuatu, melalui satu-satu cara sahaja. Ini miskin. Memiskinkan lagi caranya dalam mengetahui sesuatu, sudut pandang dll. Kenapa tak belajar dari pelbagai segi, teknik, cara dll? Kenapa hanya perlu satu-satu jalan? 
Jadi jika nak belajar politik itu, hanya melalui teks/buku/buku teks. Sedangkan terlalu banyak benda, bukan semuanya melalui buku dan teks sahaja. Pengalaman pada hari-hari moden ini, tidak semestinya dituangkan melalui satu-satu cara sahaja. Kenapa tak belajar dengan beribu guru dan beribu sekolah? Mungkin di masa-masa depan, kita tak lagi hanya menggunakan buku dan tokoh-tokoh Yunani (apatah lagi Islam!) sebagai patokan (atau pijakan) dan sandaran kita dalam penghujahan. Mungkin kita boleh gunakan contoh-contoh dan model-model lain sebagai rujukan. Mungkin ia fiksyen. Tapi Alegori Gua Plato juga fiksyen. Dan fiksyen itu dah terlalu kuno. 
Aku tidaklah menafikan kepentingan buku - buku bagiku sangat penting - tetapi perlu bermacam-macam cara dan teknik untuk memahamkan segala sesuatu. tak cukup sekadar satu cara/gaya/teknik.. dan itulah caranya untuk menunjukkan kita benar-benar faham (dengan kefahaman sendiri) bukan memuntahkan balik (seperti menghafal) apa sahaja yang dipelajari. Belajar hanya dengan satu-satu cara tak memungkinkan kita menjadi seorang manusia yang kreatif.

*tajuk sudah menjelaskan apa yang hendak aku sampaikan. tapi sila tengok full series ya.

Ulasan

Catatan Popular