Terlalu banyak benda yang perlu dikerjakan (dikejarkan).

Akhirnya barulah aku dapat memahami tentang kecepatan masa, apabila masa begitu banyak dihabiskan di sosial media (socmed). 

Menulis satu status yang mengajak orang berfikir – atau sinis – pun bukannya mudah. Ia memerlukan pengaturan yang rapi. Ini adalah seni propaganda! Diikuti seterusnya dengan ‘acara’ berbalas hujah. Ia sekurang-kurangnya memakan masa berjam-jam, jika tidak sehari suntuk!

Jadi siapa yang nak habiskan masa untuk menelaah lebih beratus juta benda dalam internet ni? 

Ianya bukan semata-mata kritikan terhadap kegilaan berpolitik. Tetapi dalam dunia maya pun, berapa je yang betul-betul manfaatkan segala benda yang berada dalam dunia maya (internet)? Maksud aku, menggeledah-meneroka-menjelajah segala khazanah di sana (sini)? 

Siapa yang nak baca karya-karya Junji Itou dll?*

*aku menjadi obsesi terhadap benda-benda ini, kerana pada masa kecilku, aku hampir tak dapat peluang. Buku-buku komikku banyak dibakar. 



Ulasan

Catatan Popular