Tentang Junji Itou.




Bercakap tentang Junji Itou, seorang mangaka tersohor Jepun, beliau nampaknya sepertimana mangaka Naruto, Masashi Kishimoto, hampir tiada masa dengan benda-benda lain. Hidup mati seorang mangaka hampir tak jauh beza antara satu sama lain. Mereka nampaknya begitu obsess dengan karya-karya mereka, sampai tak terfikirkan orang lain. Atau mereka berfikir tentang orang lain dalam karya mereka? 

Dia seolah-olahnya lebih mahu dikenali dengan karya-karyanya. Bukan benda-benda lain atau gossip tentang dirinya yang tidak ada faedah. Dia seolah lahir untuk membuat bentuk (stroke)nya yang tersendiri, dan mati. Dia tidak mahu dikenang, melainkan dengan karya-karyanya. 

Begitulah kita dapat nampak tentang obsesi seorang mangaka. Mereka memanifestasikan kewujudan mereka di dalam karya-karya mereka.

Ini semua termasuklah yang hebat dan dahsyat seperti Akira Toriyama (mangaka Dragonball) juga Osamu Tezuka (mangaka Buddha, Astro Boy dan banyak lagi). 

Ulasan

Catatan Popular