memanfaatkan masa aman dan siasah nafas panjang.
ini yang perlu dilakukan sekarang. maaf, bukan sekarang, tapi sebelum ini dan perlu lebih giat sekarang. apahal semua perlu tergila-gila nak jadi hero atau masuk ke penjara? mungkin ada kawan-kawan yang terbaca, dan terasa. maaf. bukan niatku untuk memerli langsung. tapi sebagai manusia yang sedar, haruslah kita berhenti beromantis untuk tinggal dalam penjara, melainkan ianya sebuah kesempatan untuk mengajak orang agar terus melawan.
jadi duduk di luar, lebih banyak faedahnya. terlalu banyak sebenarnya. boleh menyebarkan, berjumpa dengan kawan-kawan, membentuk perkumpulan-perkumpulan kecil, menyusun pertemuan demi pertemuan, berjumpa kader-kader baru, membuat berbagai-bagai eksperimen, nah bukankah lebih banyak faedahnya masa aman? pada masa aman juga, kita dapat membaca lebih banyak sebenarnya.
tapi bukan semata-mata menjadi kutu buku yang tidak berguna-tidak berfaedah kepada umat manusia. harus ada rasa nak berkongsi dan nak menyebarkan kepada manusia lain apa benda yang kita baca, adakah ianya bermanfaat ataupun tidak. jadi, ini aksinya. harus kuat membaca, 10-100 muka surat sehari, dan cari masa untuk berdiskusi dengan sesiapa sahaja.
Ulasan