agen-agen tidak langsung

ini suatu benda yang meresahkan aku sebenarnya. apabila Ken mengatakan tentang 'Perebutan Ruang'. dan bukan Ken saja. bahkan ramai lagi. Zikri, dan ramai lagi. ianya benar. tetapi aku rasa, aku seorang introvert, yang tak cukup pandai bertempur secara fizikal. bagi aku, medan maya adalah medan tempur paling asyik bagi para gerilawan yang introvert. 

dan bagi aku idea 'Perebutan Ruang' masih boleh diperdebatkan. adakah kita nak berkuasa? are we hungry to power?

taktaulah. aku takda satu jawapan yang muktamad. mungkin kerana aku tidak dilahirkan untuk berkuasa atau menguasai. jadi aku tidak ada jawapan yang baik -seperti biasa- 

tentang idea 'Perebutan Ruang' atau 'Merebut Ruang Awam' ini, sampai aku fikir untuk kembali berbuat sepertimana aku pernah buat di alam kampus, iaitu merekrut seorang sehari. atau mencari ahli baru. 

tetapi sekali lagi, untuk apa? adakah aku hendak membina satu kultus? adakah aku nak -desperate - orang ikut aku? 

ya, mungkin sekarang ada orang ikut, sama ada dari dekat atau jauh. atau selepas aku mati. tetapi adakah itu penting? 

semua orang, aku rasa mempunyai type masing-masing. type maksud aku, adalah karakter/pembawaan. tak semua orang nak berkurung dalam internet. ada orang sifatnya lebih outdoor. ada orang, tidak boleh berenggang dengan buku dan internet. dia lebih suka duduk dalam bilik. orang ini lebih indoor sifatnya.

aku lebih nampak keperluan akan agen-agen tidak langsung ini (indirect). semua orang berpotensi untuk menjadi agen-agen tidak langsung, tanpa perlu mengikut secara tetap mana-mana parti/kumpulan/faksi tertentu. 

begitulah yang aku nampak. aku akan tulis lagi pasal ni.

Ulasan

Catatan Popular