tengah melayan Dragon Ball.

beza bila kita baca masa kecik, dan besar. fiksyen ini digarap waktu aku belum lahir lagi. aku baru tengok animenya masa zaman tingkatan. itupun tak 'complete set', sebab sekolah asrama. jarang-jarang dapat tengok, lantas alah bisa, tegal biasa hidup tanpa TV.

tentang pengawalan chi, harus kawal diri, dan mehnah serta tribulasi hanya menguatkan lagi kita, ini kita boleh belajar dari orang-orang Saiya - seperti Goku - dia menjadi lebih kuat setiap kali berlawan, walaupun tak menang (kalah tenkaichi budokai beberapa kali, nyaris-nyaris menang, nyaris-nyaris mati), tapi dia sentiasa kuat, dan belajar teknik baru selepas itu, benarlah kata omputeh, 'what doesn't kill you makes you stronger'.

aku cuba peruntukkan satu hari satu Vol dan beberapa siri anime (animenya lagi banyak dari siri manga), aku cuba buat 1 bulan 1 anime. 

Ulasan

Catatan Popular