idea Fir'aun ada dalam otak Fliza (Freeza)
tak silap aku, masa kecik, masa mengulit 'teks' Dragon Ball versi cetak, yang disorok masuk ke dalam asrama, bawah meja dalam kelas, atau diseludup masuk ke dalam rumah -kerana mak tak suka anak-anaknya dengan komik- Freeza dibaca sebagai Fliza. dan banyak juga yang tak sama. Yamcha dibaca sebagai Yamu, dll lagi.
adapun begitu, bila dibaca balik, ketika pertarungan Freeza dan 'Z Warriors' di Planet Nameck, kita dapat mengetahui betapa idea Fir'aun yang menghancurkan seluruh bayi lelaki bernasab Yahudi tertanam dan bercokol dalam otak Freeza. Freeza menghapuskan seluruh 'Bani Saiya', dan memusnahkan Planet Vegeta kerana bimbangkan legenda 'Super Saiya' yang akan menghancurkan dinasti dan regim zalim Freeza. idea pertarungan baik dan jahat sentiasa ada di mana-mana waima dalam fiksyen moden seperti manga. para pemimpin jahat sentiasa takut bukan sahaja kepada bayang-bayangnya sendiri, tetapi juga kepada 'bayi-bayi lelaki'.
Ulasan