aku kurang percaya kepada idea diy
diy atau do it yourself, ya benar, aku makin hilang percaya padanya. yang lagi jauh adalah aku makin hilang percaya kepada banyak benda, semakin nihilist kah aku?
jika kita tak mampu buat sesuatu perkara, kita tidak terlatih, kenapa kita perlu paksa diri kita untuk buat juga? kenapa tak serahkan kepada yang pakar? kita bikin sahaja apa benda yang kita mahir/pandai, yang kita tak pandai, serahkan sahaja pada mereka.
bila semua benda kita nak buat, ini yang jadi kacau bilau. maksud ayat Qur'an dalam bab ini, sentiasa mengetuk, 'fas'alu ahlaz zikri, in kuntum la ta'lamun', tanyalah mereka yang ahlinya (cerdik pandai) dalam sesuatu bidang, jika kamu tak tahu dalam bidang itu.
kebinasaan berlaku kita buat-buat pandai. kita lupa sepatutnya kita memfokuskan kepada kekuatan kita.
Ulasan