keep it low, focus.
dah sebulan tak update blog. ni update sebab taknak blog yang dibikin semenjak zaman kampus (cewah) terpadam. dah banyak blog kawan-kawan -yang ikut-ikutan memblog- telah terpadam sebab dah lama sangat tak update, sebab sibuk dok update status Facebook.
lagipun dah nak masuk bulan Ramadan. aku punya istiqamah sampai setiap kali Ramadan (ceh, baru sekali) aku akan duduk diam, bersuluk (cewah) baca: berhibernasi. masa ni sangat best untuk beruzlah sorang-sorang (layan blues, hihi). mungkin tahun hadapan, jika cukup kental -dan masih hidup, penting untuk disebutkan- akan buat kuliah Ramadan.
kita kena mengasingkan diri juga dari manusia dan persekitaran sekeliling, untuk menilai segala perbuatan kita berbulan-bulan sebelumnya. satu bulan untuk muhasabah balik, gelagat dan tabiat sebelas bulan sebelumnya. membaca berbuku-buku yang dibeli juga boleh dijadikan aktiviti utama pada sebulan ini, selain membaca Al-Qur'an.
bukan senang jugak nak sampai umur 28 (masa entri ni ditulis), sebab banyak jugak kawan-kenalan dah mati, meninggalkan dunia. bersyukurlah masih hidup, boleh belajar menginsafi sikit kehidupan ini, dan memikir-mikirkan kenapa aku masih hidup lagi.
kata ulama' (bukan ularmak), kita boleh terjaga balik esok, sebab Tuhan nak kita bertaubat. ye ker, aku tak tahu. cuma setiap hari cuba jadi lebih baik dari semalam. amin.
Ulasan