Kita di persimpangan jalan

kita berada di persimpangan jalan,
ketika kebenaran memisahkan kita,
ketika para nabi menemukan keajaiban masing-masing,
ketika aku terkedu dalam meraguMu, ya Tuhan,
kerana keajaiban jarang datang
atau datang tanpa sedar
atau sedar tapi ingkar
mukjizat suci datang bertalu-talu,
melantun memukul seperti hujan yang tak pernah berhenti,
seperti Buddha yang tak pernah putus harap,
dan aku kebasahan seorang, terdiam
tanpa punya apa-apa jawapan,
cuma berharap api pun padam.

Ulasan

Catatan Popular