tidak ada keadaan yang ideal,
betui, tidak ada keadaan yang ideal, yang ideal hanya ada dalam buku - buku teks, kita memang akan selalu menjadi wrong man at the wrong place, atau mungkin kita right man, tetapi at the wrong place, untuk sesuatu event, jarang - jarang ianya sunyi sepi dari apa - apa kekurangan,
kadang kita menjadi malas nak turun berdemonstrasi bukan kerana apa, mungkin kita sudah terlalu lama bosan untuk dileteri, dikhutbahi, diagitasi, balaci - balaci politik, yang pada akhirnya mengkhianati janji - janji yang mereka telah beri,
dari sudut semangatnya, semua aktivis yang telus dengan kebenaran yang mereka perjuangkan tahu, takkan ada saat yang ideal, yang ada adalah praxis yang sentiasa tak sama dengan dalam buku - buku teks yang kita baca,
kita berpuisi, berkhutbah, berpidato, memberikan diskusi - diskusi awam di jalan - jalan, di kedai mamak, di bawah hiruk pikuk LRT, tak ada keadaan yang selesa pun sebenarnya, mencari keadaan yang ideal adalah seperti perempuan yang kita kutuk kerana percaya dia akan dicium oleh prince charming dan happy ending. ini sangat fantasi.
kita takkan boleh puaskan semua hati orang punya, akan tetap ada orang yang tak puas hati dengan kita, macam dalam cerita seorang lelaki, anaknya dan seekor keldai.
kau patut buat apa sahaja yang kau percaya, itu sahaja,
kalau kau percaya tidur itu baik untuk kau, sila tidur,
jika kau rasa spray can itu baik, mohon teruskan,
jika kau percaya mendengar ahli politik membebel itu boleh merubah negara, juga sila teruskan,
tiada siapa yang boleh menghalang hak kau, menafikan apa sahaja keputusan kau,
aku tak turun, sebab aku ada kerja lain, banyak kerja nak kena dibereskan minggu ini,
selamat berhimpun, walaupun aku tak berminat dengan Bersih.

Ulasan