kena koheren.

kebelakangan ini kerap guna perkataan koheren, mesti selalu membiasakan menggunakan perkataan canggih - manggih, untuk buat orang teruja kepada kita, kalau kita tak guna perkataan power - power, siapa yang akan pandang kita ? kita mesti selalu bercakap dengan menggunakan bahasa Inggeris, untuk menunjukkan kita lebih Inggeris dari Inggeris, orang Inggeris pun tak mampu nak berbuat seperti kita (menggunakan bahasa dunia yang dijajahnya dalam bahasa seharian untuk tunjuk bagus)

koheren, maksud aku, kita patut ada fokus dalam perbuatan / gerak kerja / penulisan kita, jika tidak, kita dilihat terlalu multitask (bukan sesuatu yang tidak bagus, tetapi masalahnya kita tak benar - benar memahiri bidang yang diterokai kita, kita adalah pelompat, yang sentiasa melompat ke dalam pelbagai bidang tetapi satu bidang pun kita tidak mahiri)

kau patut sedayanya tahu semua perkara, tetapi bukan terlalu tahu semua perkara, bukan maksudnya tak boleh, jika dapat cubalah, tetapi yang paling mesti adalah menguasai betul - betul bidang kau, sekurang - kurangnya ada satu bidang yang paling kau mahiri dalam dunia ini, sebelum kau mati, dan bidang itu mesti berguna / berfaedah, kalau tiada apa - apa faedah kepada umat manusia, cuma untuk steam sorang - sorang elok kau cucuk jarum,

ada banyak aku melihat anak muda / aktivis / penulis muda (atau tua tapi tak sedar diri, perasan pandai) mencampur - campurkan terlalu banyak isu dalam penulisannya, menjadi rojak, perlu diketahui, bukan semua orang gemarkan rojak, ianya terlalu kacau, penulis mesti mempunyai seni, dan tersusun sekiranya boleh, mesti mempunyai tema kegemaran, dan dia adalah seseorang yang dirujuk dalam sesuatu itu,

dia hanyalah librarian / arkibis / kolektor jika terlalu pengumpul, darjatnya cumalah sebatas penghimpun, dia harus berani memilih cita - citanya dengan menyisihkan hobi - hobi yang tidak berguna, kerana dia mahu menjadi apa sebenarnya ? maka janganlah bertanya menulis itu bagaimana datangnya minat, kerana minat itu datang dari dalam kesedaran yang paling dalam, apakah yang dibacanya, apakah yang dilaluinya, apakah yang ditemuinya, apakah yang menghantuinya, apakah itu, apakah ini, maka dia mulai memilih bahan - bahan bacaannya, apa yang dia nak tekuni, apa yang dia nak baca, apa yang dia nak tulis, apa dan apa itu yang menjadikannya sebagai seorang yang koheren dan konsisten, dia akan berterusan menulis sesuatu perkara itu sedalam, sejabar, selebar, seluas, sejauh yang mungkin, dia bukan sekadar 'pop - popan' jika adapun, dia menggunakan 'pop - popan' sebagai kesempatan untuk melonjakkan masalah besar yang telah lama dikecilkan, 

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ulasan yang berisi.thank

Catatan Popular