penulis segera

bila dia tengok orang lain tulis buku, dia pun sibuklah nak tulis buku, jadi cempera tiba - tiba bila tanya, 'macamana nak tulis buku?'
soalan yang baik, tapi sangat bermasalah, seorang penulis yang sebenar sepatutnya tak bertanya soalan itu, apabila dia rasa perlu tulis buku, dia akan tulis buku, itu sahaja, tidak ada apa - apa rahsia,
jadi kita terpaksa melayan secara baik, walaupun geram, dengan penulis segera atau 'penulis tiba - tiba' ini, mereka tak mahu bersusah payah, membaca berbuku - buku, mempunyai buku - buku yang mencirikan mereka sendiri, mempunyai bertingkat - tingkat pustaka mereka sendiri, untuk mereka rujuk, untuk mereka kacuk, untuk mereka ketuk, untuk mereka kutuk diri mereka sendiri, yang tertinggal beratus - ratus batu jauhnya dari penulis yang mereka baca, yang mereka suka, yang mereka gila, 
kita tak akan pergi kemana - mana dengan perangai 'segera', 'fast food' sebegini hanya merosakkan jika berlebihan, 
kita memerlukan ketekunan, pengalaman, masa, keyakinan, kesakitan, penderitaan, disiplin dan kerja keras, baru sebuah 'intan, berjaya ditatah', selain itu adalah omong - omongan, kita hanya nak buat duit, atau semata - mata fikirkan kepuasan (syok sendiri),
benar, kepuasan sangat diperlukan ketika menghasilkan sesebuah karya, tetapi kepuasan sahaja tidak cukup, kita mesti lebih dari itu !

dia mesti seorang yang mempunyai passion ! 

Ulasan

Catatan Popular