Rabu, 24 Jun 2015

penulis mesti terus menulis

mesti mempunyai harapan, mesti mempunyai kepercayaan, mesti mempunyai wawasan, sampai suatu masa, akan ada manusia - manusia mulai membaca karya - karya kita, tulisan - tulisan kita tak akan dilewakan lagi ketika itu, akan ada manusia yang mulai berfikiran bahawa kita serius dengan gagasan kita, dan perkara sebesar ini memerlukan masa untuk dipelihara, untuk dipulihara, untuk dibentuk, untuk dipupuk, tidak ada benih bertumbuh menjadi pokok pengeluar buah dalam sehari semalam, kita memerlukan hujan panas, kemarau kontang, banjir besar ribut badai, untuk melihat, untuk menilai sendiri apakah yang tengah kita hasilkan ini, 

bahawa kita tidak bermain - main dengan apa yang kita fikirkan, kita mempunyai sesuatu untuk ditawarkan, maka kita mesti terus menulis, tak kisah ada orang baca ataupun tidak, tak kisah seorang baca atau sepuluh orang baca, seratus orang baca dan buang, atau seribu orang baca dan berjuang, itu bukanlah masalah kita, yang penting kita mesti maju, terus ke hadapan !

ya, orang akan membaca, dan jika mereka tertarik, mereka akan memberikan pandangan mereka, jika tak menarik, mereka tidak berminat bukan sahaja untuk membeli, bahkan jika bagi percuma pun, mereka tak ingin, tetapi itu bukan isunya, yang penting, sanggupkah kita untuk terus menulis ?

sama ada orang kata kita gila, tak waras, tak masuk akal, itu bukanlah masalah kita. setiap yang terukir namanya di dada sejarah, juga diejek sedemikian rupa, dan sekali lagi, kerajinan pastilah mengatasi segalanya !

Tiada ulasan:

aktif

Pak Zin masa jumpa baru ni, kata gw aktif betul. Ya, itu memanglah menjadi tujuan gw bila gw buka kedai Toko Buku Rakyat ini. Supaya gw ada ...