beza pemikir dan ketua

kita kena menyedari bahawa beza antara keduanya.
antara keduanya, adalah seni yang tak sama, seni yang berbeza,
seorang ketua semestinya seorang pemikir yang cerdas,
tetapi seorang pemikir, belum tentu seorang ketua yang baik,
dia reti memikirkan, belum tentu dia mampu mengorganisasi (organize), memobilisasi (mobilize),
seorang ketua yang baik, seharusnya seni memujuk, seni berlembut, seni mengalah, dan semisal dengannya harus dikuasai dengan baik,
seorang pemikir, belum tentu mampu menguruskan orang lain, barangkali dirinya pun perlu diuruskan, tetapi jika kau menyimpan keinginan untuk menjadi ketua, kau harus berani untuk menguruskan manusia lain, jika tidak, teruskan sahaja pendam keinginan itu,
ya, kau akan susah untuk berjumpa dengan organisasi yang lengkap sepenuhnya, tetapi kerana kita manusialah, serba kekuranganlah kita mencari kesempurnaan, 

begitulah, 

Ulasan

Catatan Popular