tak suka orang yang tak bersungguh - sungguh

juga orang yang sering bertangguh - tangguh,
kau tak akan pergi kemana - mana dengan orang begini,
kalau kau orang begini, kau tak akan pergi ke mana - mana,
ini penyakit sebenarnya, apabila seseorang itu tiada apa - apa commitment
commitment itu ialah tanggungjawab, 
lawan kepada tak bersungguh - sungguh, suka bertangguh - tangguh,
adalah commitment, tanggungjawab,
negara hari ni rosak, kerana mereka - mereka yang punya kesedaran, tak mahu bertanggungjawab.
sekadar mahu hidup nak enjoy sahaja, kau tak akan pergi ke mana,
mungkin kau tak perlu memimpin, tetapi sekurang - kurangnya kau mesti memiliki commitment, tanggungjawab,
dengan commitment, dengan tanggungjawab inilah, kau boleh menjayakan sesuatu perkara, mencapai apa yang kau nak capai,
aku sudah jumpa ramai orang yang tak boleh bagi commitment
asalnya beria - ia, nak mencabar establishment,
di tengah - tengahnya, dia sudah buat benda lain,
aku yang bersemangat dengan cita - citanya, hanya mampu menggeleng kepala.
betapa generasi hari ni, takdalah benar - benar serius nak merubah keadaan,
tanpa commitment, kau takkan boleh merubah apa - apa.

sedarlah insan. 


Ulasan

Catatan Popular