Baca kena banyak, baca kena tamak.



Kalau kau berusaha sikit, janganlah berharap kepada hasil yang banyak.
Kalau kau membaca sikit, bagaimana kau nak menulis lebih banyak?
Kau kedekut dengan diri kau sendiri. Tapi bab makan, bab nafsu, kau tak pernah kedekut.
Kerana membaca, kau tak jadikannya nafsu. Kalau membaca ni adalah nafsu, kau tak akan baca lagi apa yang aku tulis. Kau akan terus cari buku yang lebih relevant, dan melahapnya.

Penulis bila malas membaca, kau tak payah baca buku yang dia tulis. Buang masa. Dia Cuma berkongsi dengan kau, angan – angan dia yang tak jadi. Bukan pemahamannya tentang sesuatu yang dia lihat, dia selidik, dia baca. Penulis begini tidak radikal. Dan penulis yang tidak radikal, buang masa untuk dibaca.

Ulasan

Catatan Popular