REVOLUSI INTERNET

sembang dengan Iman. ini perkara penting sebenarnya. dan jarang kaum activist di Malaysia nak buat. mereka lebih fikir penjara. kaum activist Melayu - Islam Malaysia khususnya. walaupun kaum activist Melayu - Islam Malaysia kalau kau lihat antara yang paling terkehadapan dalam menentang kepincangan regime
maklumat kurang dalam bahasa Melayu. walaupun Tukar Tiub sering mengatakan bahawa, 'bahasa strategic untuk perubahan, adalah bahasa Melayu', tetapi aku tak nampak usaha memperbanyakkan kegiatan ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu. akhirnya revolusi yang didengung - dengungkan, adalah sebuah lagi projek pembodohan versi PR, yang berperanan melumpuhkan sebelah otak kita. 
kritikal cuma dibenarkan pada pihak lawan (sebelah sana), sementara terhadap aliran sendiri, hampir tidak ada kritis. 
menulis lebih banyak dalam bahasa Melayu, menggunakan nada - nada agitasi (menggigit) hampir langka sama sekali, memperparahkan lagi usaha untuk memandaikan anak bangsa,
sejarah yang collapse, dan diisi oleh penganut - penganut 'wang', 
yang kritis tak menulis, yang menulis tak kritis, ini antara yang aku sendiri kena atasi untuk 10 - 20 tahun ni, sepertimana Rick Simpson mendedikasikan umur hidupnya dengan ganja untuk membantu masyarakatnya, 
sisi - sisi bahaya, dan projek simpati yang cliche adalah usaha populist yang kalaupun tak nak dikatakan buang masa, adalah tidak banyak membantu, 
sembang di KUBU baru - baru ini, ketika Iman diserang konsep Arabisasinya oleh Ocha, aku berpandangan, mengapa, kita meratapi Arab yang telah menang?
mengapa kita tidak salahkan diri kita sendiri yang gagal menjual idea kita kepada Arab? kenapa Arab tidak ditakluki kita? 
kenapa kita tidak menggunakan internet sesungguhnya?

Ulasan

Catatan Popular