'esok tidak ada'
aku fikir balik, sekeliling aku, sudah cukup resource yang aku perlukan, dan aku sudah tiada alasan untuk pergi lebih jauh lagi,
segala - galanya sudah ada, di hujung jari, di depan mata, di sisi, dan di genggaman tangan,
kataku pada Bung Rosli, 'esok tidak ada',
mungkin benar, esok sudah tidak ada lagi padaku,
dan yang ada padaku, selain resource yang aku perlukan, aku cuma ada hari ini,
ya hari ini, kerana esok belum tentu ada,
maka orang - orang seperti aku harus berusaha berkali - kali lipat,
kerana jika esok tidak ada, habislah aku,
mungkin matahari yang akan terbenam sekejap lagi, bakal tenggelam selama - lamanya di ufukku,
menangis tak akan menyelesaikan banyak benda,
nampaknya seperti tiada harapan lagi, tetapi bagiku, adalah munafik paling ketara, apabila kau percaya sudah tiada harapan, tetapi kau masih kenyang dengan makan dan minum, sementara yang lain tertinggal penuh kesengsaraan? sebenarnya kau adalah makhluk individualistic yang pemalas.
harapan itu ada, selagi kau ada. selagi kau masih bernyawa.
jika esok tidak ada, hanya hari ini, yang kau ada untuk usaha mati - mati.
kita kena berusaha.lagi, dan lagi. selagi masih punya nyawa.

Ulasan