tulislah apa - apa yang hang tahu
ini paling penting sebenarnya.
menulis apa yang kita tahu.
dan kerja paling senang dan penting ini, yang diolah menjadi susah, dan tidak ramai yang mahu buat.
ramai antara kita lebih suka berdiam diri dari menuliskan sesuatu yang dia tahu,
sementara yang rajin, menulis sesuatu yang dia tidak tahu.
ada sebuah kata - kata lama,
'sampaikanlah fikiranmu,
jika ianya benar, ia telah menunjukkan sebagian kenyataan,
dan jika ia salah, ia akan meransang lahirnya fikiran yang lebih benar.
sama ada ketika benar atau ketika salah,
menyampaikan fikiran adalah selalu lebih baik daripada diam sama sekali'.
ramai merungut masyarakat tidak membaca, tidak mahu membaca, atau kurangnya bacaan - bacaan yang baik,
tetapi perungut - perungut professional itu tidak mahu pula menulis sesuatu, menulis yang lebih baik daripada yang sedia ada, tidak mahu menghasilkan bacaan - bacaan sendiri yang mampu menjadi alternatif.
walaupun tidaklah dinafikan bahawasanya, rungutan - rungutan, adalah alias kepada kritikan. dan masyarakat tanpa kritik adalah masyarakat yang babi. tetapi kritik tidak seharusnya dijadikan fasa terakhir dalam proses perubahan sesebuah masyarakat. kritik sepatutnya menjadi fasa medium selepas fasa membaca, dan memikir. membuat alternatif - alternatif baharu adalah sepatutnya dalam menuju perubahan.
tulislah.

Ulasan