Tuhan Marah kepada orang - orang PAS


doa ni buat aku tersentap sebenarnya,
kalimah - kalimah yang digunakan (termasuk bila diterjemahkan)
buat aku terpana
hebat Islam ni, antara lain, kalimah - kalimah Arab yang digunakan,
dan sekian banyak doa - doa yang mustajab (kalau kau sebut dengan makhraj yang betul, kau seolah - olah merasai kesannya, tetapi terpulanglah, kalau kau mahu percaya ataupun tidak)

tetapi doa sahaja tidak cukup,
doa sahaja tidak boleh menghapuskan dosa - dosa kita dengan makhluk,
dosa kita dengan Tuhan, boleh 'settle' dengan meminta ampun pada Tuhan,
sementara dosa kita kepada manusia?
lebih khusus lagi,
dosa kita kepada makhluk, bernama alam?
dan kita marah, apabila ada manusia (seperti aku) yang mempersenda - sendakan pemikiran orang Melayu, yang meremeh - remehkan apa yang aku cakapkan,
kita lebih berminat dengan hal - hal superficial, tanpa mahu menggali ibrah 
ujian jika terkena kepada orang - orang kafir,
itu dipanggil bala,
seketika kemudian, apabila ujian tadi datang, menghinggap kita,
itu dipanggil, ujian / ibtila' / mehnah (namakan apa sahaja)
kenapa itu kita tak namakan sebagai, 'Tuhan marah kepada orang - orang PAS'
mempermain - mainkan nama Allah dan Rasul,
nama Allah, dan hukum Tuhan diperolok - olokkan mereka sewenang - wenangnya,
menghina Tuhan dengan tafsiran - tafsiran mereka yang barbaric, primitive dan bodoh.
sedangkan essence justice itu tidak diangkat ke atas,

seperti ayat dalam Surat Ruum, yang berbunyi:
'zoharal fasaad fil barr wal bahr'

apakah orang - orang PAS, pernah faham ayat ini?



Ulasan

Catatan Popular