sampah internet

ianya terpulang pada kau sebenarnya. terpulang pada cara kau melihat. pada cara kau menanggap.
jika hanya kotor yang kaulihat, hanya kotorlah yang kau dapat. jika ada sisi - sisi baik yang kau nak belajar, mendapatlah kau.
orang menganggap internet adalah sampah dahulu,
aku tak tahu daripada mana mai nya, pandangan ini,
adakah pandangan ini bermuara dalam negeri - negeri Islam 
atau dari negeri - negeri membangun,
tetapi di negeri - negeri Barat yang kafir,
aku lihat mereka gigih menerokai apa sahaja,
kau boleh kata apa sahaja pada mereka,
tetapi merekalah yang menghasilkan peradaban dan teknologi yang kita pakai pada hari ini,
kalau tak ada mereka, tak adalah kita, segala ustaz - ustaz yang gigih mengkafirkan Barat pun tidak akan ada, tak ada siapa akan kenal Azhar Idrus, jika tiada You Tube.
kalau kau memang sampah, kau memang akan berfikiran sampah, dan melihat apa sahaja dari perspektif sampah,
sedangkan banyak benda yang boleh kau belajar / teroka, tetapi kau hanya melihat sampah sebagai essence yang paling utama dalam sesuatu hal,

seperti sampah. memang takdak guna. tapi sekali lagi, seperti yang aku cakapkan,
terpulang pada sejauh mana kau melihat.
sampah bila dikitar semula,
banyak gunanya.

Ulasan

Catatan Popular