menulis dalam apa keadaan sekalipun

walaupun aku tengah sakit kepala sekarang, aku tak tahu kenapa. dan semalam ketika berada di Betong, aku 'jam creme' tak boleh menulis, 
tapi cukup aku nak beritahu kau, bila kau boleh menulis dalam apa jua keadaan sekalipun,
kau memang power
dan kau kena biasakan diri. sama ada, ada laptop atau tidak. kalau kau boleh menulis, mencatit, menggunakan telefon paling 'hancur', memang kau power.
aku menulis dulu, banyak pakai cc / internet sahaja. 
orang dah pakai laptop, aku terkedek - kedek, baru ada sebuah PC kepala besar.
orang dah pakai telefon canggih, aku tak pakai apa - apa lagi.
tapi satu aku nak beritahu kau,
satu rahsia,
orang - orang yang ada barang - barang yang canggih ni,
otak mereka, kebanyakannya, bukan canggih mana pun
pemikiran mereka, sama selekeh dengan pakaian yang hang pakai sekarang,

jadi hang kena kuat melawan pemikiran kuat beralasan ni,
tiada alasan lagi bero,
kritikan - kritikan yang tak membina, pergi jahanam,
yang akan maju ke depan, adalah hang, bukan orang lain,
bukan aku, bukan orang lain, tapi hang.
hang kena paksa diri hang, lawan sampai hang pengsan,
sampai hang tumbang, 
ianya memang sangat berbaloi,
ini baru betui - betui power.

Ulasan

Catatan Popular