melatih diri sendiri

ini yang perlu dilakukan,
ini yang perlu aku lakukan,
ini yang perlu kau lakukan,
kita lakukan,
jika kau mendakwa - dakwi, bahawa kau juga sebahagian dari kaum non komformis.
kerana tiada sesiapa yang akan mampu melatih kau lagi, mampu memberikan arahan, mampu memberikan perintah, titah, firman, sabda dan segala - gala, hanya kau, cuma kau.
cuma kau yang berkuasa pada diri kau sendiri (walaupun kau mengatakan kau masih beriman, tetapi sekali lagi, cuma kau yang berkuasa pada diri kau sendiri) terpulang sama ada kau mahu ingkar, atau taat,
tetapi yang hanya mampu melakukan perubahan, sama ada di tahap kesedaran sendiri, atau kesedaran orang lain, hanya kau. bukan orang lain. bukan ayah kau. bukan mak kau. bukan kekasih kau. bukan. bukan. dan bukan.
maka kau kena melatih diri kau sendiri. kau perlu melakukan sekian banyak latihan demi latihan, untuk kau menjadi sesuatu. latihan ini, dari kau sendiri, untuk kau sendiri. sekali lagi, bukan dari orang lain, dan bukan untuk orang lain. hanya kau, cuma kau. kerana Malaikat Jibril tidak akan turun pada kau. 

Ulasan

Catatan Popular