mediocre society adalah rakyat yang senang kena kencing.
yang paling power sebenarnya, bukanlah menjelaskan dengan terbelit - belit lidah,
dan tercungap - cungap nafas,
tetapi sebenarnya, adalah menjelaskan dengan bahasa yang paling mudah,
tak guna kau mempunyai bergelen - gelen ilmu sekalipun,
tetapi, kau begitu sulit untuk menjelaskan kepada orang ramai,
dan kau berbangga dengan kesulitan untuk memperjelaskan itu,
dan kau meremehkan mereka - mereka yang sulit akan penjelasan kau,
tak guna.
maka aku melihat bahawa mediocre society, untuk memberi penerangan mudah tentang hal ini,
adalah tentang 'rakyat yang senang kena kencing',
mereka mudah terpedaya bila PM mereka, bila YB mereka, bila MB mereka, bila Sultan mereka, turun ke padang, membantu mangsa - mangsa banjir,
sedangkan mereka tak mahu mempersoal, selama fasa 'ketidakbanjiran' tentang sistem pertahanan / perlindungan dari banjir, yang tidak dibangunkan oleh penguasa - penguasa mereka,
aku pun tak faham,
adakah tugas Najib atau Shabery Chik,
untuk menaiki sampan, atau berendam dalam air banjir?

Ulasan