masalah bahasa
baru habis tengok filem ni
Hafiz Bahari, seorang anggota KUBU Pusat yang syorkan
kita akan jadi lebih mudah melayan sesuatu, membaca sesuatu, jika ada kenalan - kenalan kita, rakan - rakan kita, atau orang - orang yang kita respect mengesyorkan (recommend),
tapi agak sulit untuk faham, kerana faktor bahasa, ((aku fikir aku tak faham banyak))
betapa banyak lagi kena usaha, baru dapat faham bahasa orang putih,
mungkin filem orang putih lain, lebih mudah faham kerana bahasanya lebih kepada 'fuck u', atau 'motherfucker',
tetapi filem seperti Sunset Limited ni, memerlukan pemahaman bahasa Inggeris yang baik, kerana ceritanya bukan cerita biasa - biasa, pelakonnya, cuma dua orang sahaja, orang kita berani buat filem cuma ada dua orang sahaja?
kalau kita memang dari kecil, mempunyai sekolah yang khusus, untuk ajar bahasa sahaja kan, menarik? segregation antara kaum juga mungkin boleh dielakkan sebanyak mungkin, dan jika lebih cepat seseorang itu menguasai bahasa asing, adalah lebih cepat penerimaan ilmu pengetahuan dalam bahasa asing tersebut. maka kita tak perlulah lagi hafal menghafal, seperti burung tiung sahaja,
aku lebih mementingkan kemampuan pemahaman dari penghafalan, dan kelemahan ini perlu diatasi oleh guru - guru generasi baharu. jika masalah bahasa boleh diselesaikan secepatnya, kita tiada masalah lagi menonton filem - filem seperti filem ini.

Ulasan