terbang dan tunduk.
aku cakap pada dia,
adakah disebabkan kita lebih pada yang lain,
menyebabkan kita kena menunjuk - nunjuk?
cinta lebih daripada itu, bilangku.
seperti, bila kau pulang ke halaman kampung,
adakah kau terpaksa dipaksa seperti Hasan dan Anwar?
kenapa perlu menyakiti mereka yang kurang daripada kita,
mungkin mereka tidak faham, tidak tahu, jahil, bodoh dan apa - apa sahaja yang seerti,
tetapi, kenapa kita yang faham, mesti menyakiti?
ini bukanlah kisah, membiarkan kebodohan bermaharajalela,
jahiliyah berleluasa, bukan,
ini cerita, bagaimana kau sanggup tunduk, tatkala terbang,
kau tahu hormat orang, walaupun kau sedang dijulang,
ular yang menyusur akar, tak hilang bisa.

Ulasan