SELAMAT TINGGAL FACEBOOK!



(i)
aku dah rasa nak meninggal.
tinggalkan segala - gala.
dan Muslim, sepatutnya begitulah.
cintakan Tuhan, sebenarnya mendambakan kematian.
kehidupan atas muka bumi, adalah perjuangan yang berhadapan kematian.
sayang pada yang ada, berpada - pada, kelak binasa.
Tauhid, mendorong Syahid. dan Syahid, didorong Tauhid.
kalau aku mati pun okey dah.
cuma aku harap sangat isteri aku,
beriman kembali,
seperti mana aku mula - mula jumpa dengan dia.
suatu masa dulu.
waktu dia comel bertudung labuh.
waktu dia mendorong aku, menjadi seorang Benz Ali,
yang begitu percaya kepada diri sendiri.
itu sahaja yang aku nak,
sebelum aku tutup mata buat selamanya.

(ii)
aku tak akan dapat jawab semua.
persoalan terlalu banyak, memerlukan masa yang terlalu lama untuk merungkai,
aku cuma fikir selama ini, untuk jadi diri aku sahaja,
untuk selamatkan diri aku sahaja,
tapi aku dah jawab banyak untuk orang lain,
dah 'meracun' terlalu banyak orang lain,
aku harap 'racun - racun' tadi berguna,
dan harap - harap malaikat tak tanya banyak sangat,
aku hidup ni tak pernah mintak,
dan hidup ini sudah terlalu penat.

(iii)
cuma guna facebook untuk iklankan buku - buku, dan program - program sahaja. dan jika aku ada 'mock - mock' baru.

Ulasan

Catatan Popular