salahkan agama tak berguna

aku terfikir tentang permulaan (atau pengakhiran?) mulakata untuk buku seterusnya,
'atheist is tot'
'kepada orang - orang yang berkempen, bahawa atheist adalah lebih baik dari theist (mempercayai Tuhan), ketahuilah sesungguhnya, kamu pun lebih kurang sahaja dengan orang - orang yang kamu benci. kamu juga adalah missionary atheist sepertimana orang - orang beragama mempunyai missionary yang kamu benci. kamu juga mengclaim bahawa kamulah yang paling betul sepertimana orang - orang beragama menclaim, mereka yang paling betul. (bahkan mungkin kamu yang lebih fascist dan authoritarian jika dibenarkan memerintah, kerana jumlah kamu yang terlalu kecil, tetapi mahu memaksa jumlah - jumlah besar lain untuk menurut jejak langkah kamu) bahkan,
mungkin kamu lebih buruk, jika cuma menyalahkan agama, tetapi tidak melakukan apa - apa untuk perubahan umat manusia.
lebih baik kamu tutup mulut kamu, 
dan lakukan sesuatu.

tak guna kamu ada kaki dan tangan,
tapi masih salahkan Tuhan.

Ulasan

Catatan Popular