ketagih menulis.


bila ada budak - budak tingkatan 3, sekolah agama di celahan kota urban,
datang program aku semalam (MAPOBA KLCC 14), aku dah rasa aku mulai beri pengaruh tak baik kepada anak - anak,
aku dah pengaruh mereka untuk menjadi nakal seperti aku, dan buat kacau,
tetapi bila fikir balik, 
bukan setakat air kencing aku bersih,
malah, rokok pun aku tak hisap,
seperti aku kata dulu, 
aku hisap benda lain.

menulislah adik - adik,
ini lebih penting sebenarnya.
menulis, merakam zaman. penulis perakam zaman.
merakam pergolakan kekacauan yang berkecamuk, sekurang - kurangnya dalam alam fikir kau. ini bukan main - main.
kau akan ingat balik, suatu hari nanti, apa sebenarnya kau suatu waktu dahulu. 
aku menulis, dengan serius, tahun 2006 (tak silap aku)
kau kiralah sendiri berapa tahun, baru aku ada sebuah buku aku sendiri.

Ulasan

Catatan Popular