hero tak (boleh) mati
memang teruja sangat dengan Akumetsu. sebuah manga Japan yang aku tengah telaah sampai sekarang, tak habis - habis. (dari 2012 - 2014)
aku baca puisi bertopeng pun, antara lain sebab terpengaruh dengan ia. sebenarnya Eddy.
lagipun style deklamasi puisi tak banyak. jadi elok buat sesuatu yang lari dari kebiasaan.
dan lari dari kebiasaan ini mesti sentiasa diasah dan dipertajam, supaya crowd tidak bosan, dan bukanlah 'lari dari kebiasaan' itu untuk crowd, tetapi untuk pembinaan crowd yang kuat, dan idea yang berkualiti.
tak mahu hero yang biasa - biasa. hero yang mudah mati. yang luput dikenang zaman.
tak mahu dikenang sebagai hero fenomena. turun bendera. atau buat lawak baru. itu maharaja lawak. hero budaya, membawa satu 'faham'. seperti agama. atau 'sesuatu yang mempengaruhi'.
dan hero tu tak muncul seorang diri.
hero tu seperti Akumetsu. datang dalam jumlah yang ramai. dan mereka menakutkan. menggemparkan.
'heroes never die'

Ulasan