Falsafah Tahan Diri ( sabar)
Dulu mungkin aku tak faham sangat kenapa Quran berulang - ulang kali menekankan tentang keperluan sabar. Sumpah aku tak faham, kenapa kena bersabar? Bagus sangat ke bersabar ni? Aku melihat agama sebagai tempat duduk atau rumah kepada orang - orang pasif. Sampai bila nak bersabar?
Lama - kelamaan aku hidup, Tuhan mengajarkan aku kesabaran, melalui masa. Tuhan mendidik aku, membimbing aku melalui masa akan makna kesabaran.
Bahawa kesabaran adalah suatu konsep yang sangat berkuasa dan memberikan suatu tenaga dan daya kreatif yang luar biasa. Sosok - sosok dalam Quran, dikisahkan mempunyai ketahanan diri yang kental.
Mereka tidak begitu dibekali kuasa - kuasa pelik, dan tidak munasabah, tetapi mereka bertubuh seperti kita manusia biasa dan mempunyai iman yang utuh. Dan konsep keimanan bukanlah hina dan begitu naif seperti dalam pandangan atheists, sebaliknya keimanan mereka, keimanan yang memberikan ujian. Dan ujian mendesak mereka untuk mempunyai ketahanan diri yang lasak.
Iman mereka bukan sebarang iman, bukan kepercayaan plastic yang diserang oleh atheists tak pergi sekolah,
tetapi iman mereka iman yang teruji dengan konflik keluarga, konflik dengan kerabat, konflik dengan pemerintah.
Kau cuma akan jadi kuat dengan kesabaran.

Ulasan