elak konflik yang tak perlu

masa dah makin suntuk.
makin rontok, satu demi satu.
terlalu nak bergaduh pun sudah tak berapa bijak. 
sampai bila nak menjadi terlalu 'kritis', hingga akhirnya, mencipta musuh - musuh yang tak perlu?
dalam kesibukan mencipta musuh, sampai terlupa untuk menambahkan bilangan kawan?
orang - orang bodoh terlalu ramai untuk dilawan,
adalah baiknya, mencari kawan dalam ramai - ramai orang bodoh tadi, dari mencari lawan.
berlawan dengan orang bodoh, tak boleh menghasilkan apa - apa. 
lebih baik mengajak orang - orang bodoh tadi untuk sama - sama menjadi cerdik. 
kita takkan muda selamanya. sampai harinya, kita cuma akan terkenang kenangan lama, dan menyesal kerana tak sempat berbuat apa - apa yang sepatutnya diperbuat pada suatu waktu dahulu. kita patut letak sasaran lebih tinggi.

apa nak capai dalam 10 tahun ni?
atau persoalan serius,
dalam 10 tahun ni, 
apakah yang telah kita buat?
untuk kpi,
apakah ada apa - apa hasil?

Ulasan

Catatan Popular