Bukan Kitab Sotong (ii)

aku sambung di sini sahajalah. sebab di Facebook, macam celake. semua orang nak sibuk nak masuk pilihanraya kampus.
seterusnya, 
kau kena aturkan pertemuan demi pertemuan, namakan apa sahaja, diskusi, lepak kosong, borak, sembang sampai pagi, apa sahaja,
cuba kau listkan, 30 nama kawan - kawan kau, dari hand phone kau, dari fb kau, kawan sekolah kau, kawan asrama kau, kawan surau kau, cuba list kan dalam 30 orang.
kau susun mereka baik - baik,
seorang pada 1hb, orang kedua pada 2hb, orang ketiga pada 3hb,
aturkan setiap orang pada giliran mereka masing - masing, ini caranya kau menggiliri mereka setiap satu hari,
dan bulan seterusnya,
kalau kau buat bisnes, memang kau power, kau dapat pelanggan tetap, 

dan kalau kau tak buat bisnes pun, tapi balik pada 'Bukan Kitab Sotong',
ianya menyebabkan, kau akan sedar, bahawa sekurang - kurangnya, kau masih mempunyai 30 orang kawan, yang pada setiap malam, ada untuk teman kau
takkan kau nak sia - siakan mereka, semata - mata demi '1 persen'?
sibukkan diri kau. tak kisahlah kau nak sibukkan atas nama aktivisme atau atas nama suka - suka, selagi kau boleh buat apa - apa sahaja yang tak menyebabkan murung menghurung diri kau, lakukan. buat. 

hiduplah, terbanglah, dan lakukan sesuatu!

Ulasan

Catatan Popular