be immortal (ii) sekali lagi



kalau yang (i) di sini.
sakit masa tu. sakit ditolak. sampai jatuh. bila - bila masa sahaja boleh pecah.
tetapi memilih terbang menggapai awan, dengan doa menjadi sayap,
walaupun ahli - ahli falsafah tak bertuhan, meludah doa hidup - hidup,
dengan doalah aku bernafas, aku mereguk limpah kasihnya Tuhan dalam redup doa,
dengan doa tadi, segala dukacita aku selesai tak sampai setahun. segala.
dalam nangis yang tragis, yang hikayatnya, hampir sulit nak dicari contoh untuk perbandingan,
terpaksa menahan luka di lukah sendiri, 
tapi sayu tu perlahan - lahan disapu Tuhan,
Dia buat aku percaya, bahawa dunia ni bukanlah apa - apa,
cuma tempat hinggap, bukan tempat kekal,
kalau bercita - cita nak abadi,
bukan disini.
bumi cuma tempat bermimpi.
dan aku mempertanyakan,
bagaimana kau boleh mempercayai utopia Marx,
tetapi tidak mempercayai syurga Tuhan?
bagaimana Marx mahu mencabut rasa dengki - tamak dalam hati manusia?
aku percaya Tuhan aku boleh buat,
sepertimana, Dia melahirkan anak - anak yang cuma kenal teriak dan gelak,
tetapi Marx?

Ulasan

Catatan Popular