qadha' qadar

aku merasakan.. sedikit sebanyak aku sudah mula memahami apa itu qada', dan apa itu qadar..
sedikit dan sebanyak..
walaupun aku tidak bersetuju, dan sangat against the odds..
kerana tidak semua yang kita fahami itu kita bersetuju..
dan segala yang kita tidak fahami itu kita tidak bersetuju..
dan pemahaman aku tentang qada' dan qadar itu, sedikit sebanyak terbentuk, melalui pengalaman sehari - harian..
ada benda atau perkara yang kita mampu ubah, boleh ubah (qadariah) free will
dan ada benda atau perkara yang kita tidak mampu ubah, ketetapan (jabariyah) fatalistic, deterministic,
dan ahl sunnah wal jamaah berada di antara pertengahan, cuba menjadi middle di tengah - tengah contradiction, sesetengah orang menganggap ini bagus sekali, sesetengah yang lain menganggap ini buruk sama sekali.. sementara aku berlepas diri, menjadi objektif, menjadi manusia pengkaji.
sungguhpun aku tidak bersetuju dengan konsep qada' dan qadar itu sendiri, tetapi aku mengetahui bahawa ada perkara atas dunia ini yang telah ditentukan, dan ada benda / perkara atas dunia ini, ketentuan / ketetapannya boleh berubah, boleh diubah.
sementara itu, ahl sunnah pula seperti stagnant apabila melihat aliran lain, sangat 'extreme' dalam sesuatu pemahaman, *sebenarnya istilah yang paling tepat, adalah focus, militant, atau radical.
dengan menumpukan serangan pada sesuatu permasalahan, peratus untuk sesuatu permasalahan diselesaikan sangat tinggi.
sementara tidak bersikap, berlengah - lengah, atau cuba menjadi neutral pada sesuatu permasalahan, akan mengakibatkan sesebuah theology / dogma itu dilihat beku, pasif dan tidak mampu mengubah kemapanan / realiti sedia ada.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
cube ko ulaskan pemikiran Hizbut Tahrir tentang bab qada' dan qadar. Dorg kata jawapan dorg lebih bernas dari aliran2 yang ada.

Catatan Popular