pemikiran junk food

banyak filem aku sudah habis tonton dalam setahun dua ini..
aku tengah melatih diri aku untuk menonton 300 filem dalam setahun..
100 filem yang berulang (mesti tonton setiap tahun, lebih kerap, lebih analisa), 200 lagi filem baru..
ini bagiku, adalah merupakan cara yang juga efektif dalam sesebuah pembelajaran..
jika orang tidak berminat dengan bahan - bahan yang bersifat huruf dan perkataan, ada baiknya filem / visual digunakan sebaiknya untuk memahami sesebuah subjek
dengan filem - filem juga, kita berupaya menganalisa manakah filem - filem yang bermutu, dan mana pula yang tidak
walaupun filem - filem orang putih banyak adegan cium (ini adalah trademark filem mat saleh) tetapi daripada filem - filem mereka juga, aku banyak belajar tentang filem, dan menjadi seorang yang sangat cerewet dengan filem - filem mereka..
sampai tahap kita boleh kenal mana satu filem yang berisi atau nonsense
aku tidak tahu apakah yang menyebabkan filem - filem di Malaysia menjadi sangat gampang, meskipun infrastructure yang dimilikinya sangat first class?
mungkin halangan atau taboo pemikiran yang segalanya ada pantang larang?
yalah.. bagaimana nak filem kita ke hadapan, jika sekian banyak akta, selain digunakan kepada rakyat - rakyat yang tak berdosa, digunakan juga sekian banyak akta itu akta ini kepada filem - filem
sekatan politik aku sedia maklum, bahawa selagi regime ini tidak terhempas ke laut atau di hijack oleh terrorist selagi itulah kita sebenarnya berangan untuk filem - filem kita lebih power dan gempak seperti filem - filem luar. janganlah kita bermimpi untuk menonton filem - filem buatan tempatan yang sarat dengan ideology atau pemikiran yang militant selagi regime ini, dengan ultraman pun dia takut.
kemudian seperti yang ditulis dalam blog Chorak Dunia (depa ni ulas filem, bagus betul) bahawa ternyata minda masyarakat kita adalah minda mee segera. segala - galanya nak mudah. segala - galanya nak depan mata. nak manna was salwa turun terhidang. segalanya nak 'tanyalah ustaz'. ini problem sebenarnya. segalanya nak tanya dalam pm facebook. 
pemikiran - pemikiran yang ringan sebegini, pada akhirnya menghasilkan khalayak - khalayak yang ringan, cerita - cerita yang ringan, tulisan - tulisan yang ringan, bacaan - bacaan yang ringan.. ini junk food. pemikiran junk food sebegini yang telah lama bernanah inilah yang telah lama merosak pemikiran kita.. sewajarnya masyarakat lebih kritis terhadap pemikiran junk food ini.. bukan marahkan idea - idea baru..

*aku mungkin belum pandai ulas filem seperti Chorak Dunia, tapi ini cuma pendapat aku..


Ulasan

Catatan Popular