menulis tentang Tuhan..



selain daripada ultra man dan Kassim Ahmad, Tuhan adalah wilayah yang taboo untuk diperkatakan di Malaysia ini.. 
Tuhan seperti menjadi suatu raksasa yang maha luar biasa, jika kita mahu menulis tentangNya.. seolah Dia yang maha berkuasa akan melenting, dengan makhluk - makhluk yang Dia sendiri menciptakan..
anehnya, makhluk - makhluk itu, kata mereka, Dia sendiri yang menciptakan.. tetapi Dia naik darah pula bila object yang Dia ciptakan, melawan diriNya sendiri? bukankah ini maha contradict?
tambah - tambah dalam daulah seperti Malaysia, yang surface nya, nampak aman di permukaan, tetapi bullshit di dalam.. penuh tahi - tahi yang disembunyikan di bawah tanah. 
Kita, seperti yang termaktub dalam seluruh agama (kecuali Buddha?) dilarang memperkatakan tentang Tuhan kita (tetapi Tuhan orang - orang lain, atau mazhab - mazhab lain, kita diperintahkan untuk mengkapak Tuhan orang - orang lain, dengan seribu satu macam argumentasi 'ilmiah' yang kita punya) kerana Dia akan murka.
maka kekallah daerah luas yang didiami 'Tuhan' itu belum luas diterokai, belum puas dijelajahi, sangat cetek sekali pengembaraan dalam apa yang dinamakan sebagai 'Tuhan'..

sebenarnya makin sedikit perbincangan, makin ringkas perbahasan, makin cetek perdebatan tentang sesuatu perkara, sebenarnya makin miskin kita akan sesuatu perkara itu.. kerana itu kita tidak akan sekali - kali mampu melahirkan seorang 'Karen Armstrong' di kalangan kita..

Ulasan

azfar berkata…
Sememangnya menyoal dan menyangka itu lumrah manusia. Nabi Ibrahim juga pernah menyoal tentang Tuhan, dan itu juga bagaimana akhirnya dia sampai kepada kesimpulan bahawa Tuhan itu bukan matahari atau bulan malah lebih hebat daripada kedua-duanya. Begitu juga Nabi Musa walaupun Tuhan sendiri bercakap langsung dengannya. Kita tidak dapat tahu bahawa sesuatu itu benar kecuali dengan bukti. "Sebab aku katakan begitu" itu bukan bukti. Bukti itu mesti objektif, yang dapat diperhatikan atau difahami daripada alam, sejarah dan logik. Walaupun kita tidak dapat melihatnya, berdasarkan logik Tuhan perlu wujud sebagai First Cause dalam alam yang mempunyai permulaan.

Membukti kewujudan Tuhan mungkin tidak memerlukan kitab yg diturunkan sebagai bukti, tapi tanpa komunikasi daripadanya, bagaimana kita dapat tahu hubungan kita dengan Tuhan. Tuhan yang wujud tetapi tiada hubungan dengan manusia itu boleh diagak bahawa dia mencipta manusia tanpa apa2 tujuan, dan Tuhan hanya 'First Cause' yang tidak ada pentingnya lebih daripada itu. Kerana tanpa komunikasi kita tidak dapat tahu kalau Tuhan mahu apa2 daripada kita. Adakah Tuhan mahu apa2 daripada kita? Sebagai Tuhan dia bebas daripada apa2 keperluan, jadi kalau dia hendak communicate dengan manusia atau mahukan apa2 daripada kita itu mestilah bukan untuk Egonya tetapi untuk kebaikan manusia. Dia hendak memberi satu jalan hidup lurus yang utuh, yang tidak tempang seperti komunisme dan liberal-kapitalisme. Sebagaimana yang dikatakan sebelum ni tujuan manusia tidak dapat ditentukan tanpa Tuhan. Tanpa standard absolute, tiada satu ideologi lebih daripada yang lain dan tidak ada moral dan budaya lebih baik daripada yang satunya. Apa yang baik atau jahat cuma akan bergantung kepada emosi sahaja.

Bolehkah manusia fikirkan satu ideologi yang tiada ketempangan tanpa mengiktiraf Tuhan? Ideologi-ideologi yang lahir pada zaman moden, zaman yang sepatutnya mendasarkan segala perkara atas pemikiran dan rationality cuma dapat lahirkan liberal-kapitalisme dan socialisme-komunisme yang penuh kecacatan. lihatlah komunis Russia dan lihatlah Amerika yang walaupun kaya, bersepah dengan kemiskinan. Aku tidak rasa suatu ideologi yang adil boleh menidakkan Tuhan, kerana akhirnya tidak ada asas logik yang akan buatkan seorang penganut ideologi terus tetap memegang kepada ideologi itu jika dia boleh dapat untung jika dia tidak. Contohnya, apabila penganut ideologi itu sudah berada di tampuk kepimpinan dan berkuasa, semangat idealismenya boleh luntur apabila dia sedar bahawa tiada pembalasan baik yang berpanjangan untuknya. Pada masa itu dia mungkin akan fikir lebih baik dia menggunakan kedudukannya untuk mengaut untung sehabis-habisnya. Ingat, baginya tiada sesuatu yang benar-benar betul atau salah. Kerana ada Tuhanlah maka ada garis absolute berkenaan baik dan jahat. Kita sudah lihat di Russia komunis yang menidakkan Tuhan betapa korapnya pemimpin mereka, dan kepimpinan proletariat itu akhirnya tidak bukan hanya satu sistem feudal atas nama lain.

Aku tidak rasa Tuhan memarahi dan menghukum ciptaannya itu suatu contradiction. Dia sudah memberi petunjuk terbaik tetapi manusia mahu juga mengingkarinya. Kebenaran sudah sampai tetapi dia tetap memilih jalan kezaliman. memilih untuk membuat jahat itu ialah pilihan manusia sendiri. tidak patutkah dia dihukum? Bukti kebenaran ajarannya kita dapat lihat daripada kemusnahan dan kejatuhan umat2, yang sudah tentunya berpunca daripada keruntuhan moral (Yang juga berlaku kepada umat Islam kerana mencampuradukkan ajarannya dengan Hadis yang menyesatkan). Aku rasa tidak ada sebab munasabah kita patut menolak mengkaji ajaran yang dikatakan datang daripadanya. Seperti yang dikatakan tadi, tidak mudah untuk kita membuat kesimpulan tentang apa yang diperintahnya kalau dia tidak sampaikan perintahnya.

Catatan Popular