dan Tuhan pun kalah...

melihat ancaman demi ancaman di atas muka bumi ini,
dan melihat agama - agama yang secara leluasa disalahguna,
armagedon di sana sini, dan tentera - tentera gog dan magog yang berkeliaran,
aku kemudian mengatakan, bahawa Tuhan sudah pun kalah..
maka akibat kekalahan pertarunganNya dengan manusia,
maka Dia memunculkan hari pembalasan, 
umat - umat yang mengakui eksistensiNya, gagal melahirkan peradaban yang unggul,
masih ralit berkhilaf di sana - sini, 
maka bagaimana aku hendak mengatakan Tuhan sudah menang?
kebejatan ada untuk dikalahkan, tetapi tidak dikalahkan, sebaliknya Tuhan menggunakan kuasa vetoNya, untuk menghancurkan segenap pemberontakan yang dilancarkan.. 
segala ribut, taufan, petir, sangkakala, puting beliung, gempa bumi, tsunami, gunung berapi, insiden itu insiden ini, dan malapetaka - malapetaka yang berlaku semuanya ditafsir sebagai kemurkaan Tuhan, kerana insan - insan yang diciptakan sudah benar - benar engkar, sudah benar - benar mungkar..
jika Islam itu benar, maka apakah yang telah dilakukannya untuk mengusir kegelapan ini?
apakah hanya dengan romantis - romantis kisah yang wujud tak wujud 1400 tahun dahulu, boleh menyelesaikan segala masalah di zaman touch screen ini?
Islam belum mampu bersaing dengan tamadun Barat, bagaimana kiamat hendak berlaku?
sekurang - kurangnya, tampilkanlah dulu keindahan, kecantikan, kebijakan, keadilan, kehebatan Islam di zaman gigabyte ini.. barulah bumi ini nak musnah ke, taknak musnah ke, terpulang.. 
sementara orang - orang 'kafir' atau 'ahli neraka' berlumba - lumba membangunkan peradaban manusia, mencipta kemudahan / keselesaan / keperluan untuk umat manusia, memberikan penawar, orang - orang yang bertuhan pula asyik dengan mitos - mitos kehancuran bumi dan penyakit - penyakit dewa holier than thou..
jika manusia - manusia penderhaka / bughah / Jebat / Azazel ini berjaya, mengapa tidak dilahirkan generasi - generasi quraniyun farid untuk menewaskan mereka? membangunkan sebuah peradaban mereka sendiri, yang semua orang boleh nampak bahawa yang benar itu benar, dan yang batil itu batil? 

bagaimana aku boleh menerima Tuhan yang kalah ini?

Ulasan

Unknown berkata…
Tuhan tidak kalah,yang berlaku hanyalah agama ini tidak berada pada tempat yang sepatutnya ia berada iaitu agama ini mesti lebih tinggi dari sesuatu apa pun.

Tuhan membiarkan itu semua kerana itu tugas kita,malah tuhan ciptakan hari pembalasan itu pun bukan kerana kekalahan-Nya tetapi kerana Tuhan sejak awal lagi menciptakan manusia untuk mendiami satu di antara dua,syurga atau neraka,sedangkan bumi ini hanyalah tempat ujian bagi kita,untuk melihat siapakah yang lebih baik amalnya.

Jika Islam itu benar,maka apakah yang dilakukannya untuk mengusir kegelapan?Sungguh aneh pertanyaan anda.Kerana kalau tidak kerana Islam pastilah dunia Timur dan Barat tidak akan pernah keluar dari kegelapan itu.Hanya kita sahaja umat ini yang meninggalkan kesempurnaan Islam dan mengambil agama hanya pada perkara tertentu.

Mitos kehancuran bumi?Mana satu anda rujuk?Sedangkan perang akhir zaman itu memang makin hampir,dan sudah saatnya Islam itu akan mempunyai negara memimpin manusia ke arah kebaikan.Kemudian kisahnya saya percaya anda sudah patut tahu,yang membawa kepada kemusnahan bumi.

Siapa suruh anda menerima Tuhan yang kalah?Tidak ada kekalahan langsung.Yang kalah adalah orang Islam yang tidak berpegang teguh.

Anda meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Abdullah Hussin berkata…
Tuhan xpernah kalah, yg kalah adalah kita orang islam yang gagal bertuhan.

Orang yg gagal mengenal Tuhan, itu Sang Kalah. Dunia tempat pengabdian...

Catatan Popular