memperbaharui syahadah (penyaksian) kita

mereka selalu berlegar - legar sekitar nampak atau tidak nampak ketika menyerang orang - orang atheis...
sedangkan evidence / pembuktian itu melebihi dari itu...
sebenarnya peluang / chance untuk seseorang menjadi atheis adalah sangat tinggi selagi kita semua boleh berfikir.. kata orang beragama, selagi kita berakal..
selagi kita berakal, kita memang berpotensi menjadi seorang atheis..
jadi untuk apa semua ini? alam jagat raya yang terbentang luas, terbuntang besar bagi sesiapa yang ingin menyaksikan, terbuka peluang untuk siapa - siapa yang mahu meragukan, jadi untuk apa semua ini?
jika tujuan fundamental di alam semesta ini adalah kenaliNya, maka untuk apa nak bermain - main semua ini? kenalkan sahajalah.. apakah yang susahnya? kenapa perlu berteka - teki, menciptakan ruang - ruang dan peluang - peluang untuk keraguan di lubuk hati ini?

masalahnya, atom, angin, elektrik, kuman dll benda tidak nampak, tidak mintak kamu mengenalnya atau tidak mengenalnya.. 

tidak nampak atau nampak itu tidak penting, kerana benda - benda tidak nampak ini tidak mintak kamu mengakui kewujudan / keeksistensian dirinya.. ini masalah paling besar orang beragama.. tidak ada seekor kuman atau seekor bakteria yang menjerit - jerit, berteriak - teriak memekik - mekik, melolong - lolong supaya ada pihak lain, mengakui kewujudan dirinya.. tidak ada..

(i) tidak boleh dibuktikan / tidak nampak / tidak boleh difikirkan / tidak logik (ii) kemudian meminta kita percaya pada benda yang tidak boleh dibuktikan / tidak nampak / tidak boleh difikirkan / tidak logik (iii) segala hubungan dengan benda ini, dilakukan dalam kerangka nampak / boleh difikirkan / logik 

oh.. jangan marah saya... saya bukan menghina mana - mana agama...  atau mana - mana Tuhan.. saya cuma mempertikaikan kewujudan hantu, polong, pelesit, hantu raya dan syaitan...  (i) tidak boleh dibuktikan, (ii) jadi satu kerja pula nak kena percaya kepada segala polong tak nampak ini (iii) kita pula kena menjamu segala polong tak nampak ini dengan perbuatan - perbuatan yang nampak..

Ulasan

Carlos Santiago berkata…
test dulu.. komen aku kena tapis tak.. kalau tak, baru aku komen...

admin
bankami.net
theKOP berkata…
Kepercayaan terhadap sesuatu itu penting.tanpa kepercayaan hidup ini kosong.tp salahkan kalau kita mencabar minda menentang kepercayaan yg dah lama membusut dan membusuk dlm pemikiran majoriti manusia muslim di dunia ini.aku menyokong ideologi kau menentang ape yg jadi kebiasaan manusia muslim skrg ni.teruskn usaha kau kalau kau rasa kau di perjuangan yg betul.perjuangan tanpa maki hamun.tanpa fitnah.tanpa.caci.tanpa pengorbanan bukanlah perjuangan namanya.aku sentiasa memerhatikan kau.dari jauh.maaf byk.mengarut je.hehe.

Assalamualaikum.syukran lakum.

~khalas~
Jeritan Revolusi berkata…
Kenapa hantu dkt malaysia lain dan dkt eropah lain.
Sebab iklim ke?
Ataupn hantu2 ni hanya wujud dlm pemikiran sesebuah masyrakat yg takut dgn kegelapan mlm lalu mereka mencipta dogengan ini .
Unknown berkata…
Bukti bukan sahaja berbentuk empirika (boleh nampak), tapi logik juga boleh diguna sebagai bukti. Hakikatnya, segala yg wujud berpunca dari satu yang lain. Contoh, buah datang dari pokok, pokok tu datang dari bumi, bumi tu hasil gumpalan unsur2 di angkasa, dan unsur2 itu berpunca dari big bang. Bukti2 ini membuat kita pasti bahawa setiap yang wujud di alam material ini disebabkan oleh sesuatu sebelumnya. Gumpalan sebelum big bang yang selepasnya menjadi langit, bumi, bintang2 dll itu finite (limited/mempunyai batasan), begitu juga dengan masa, yg pada saat bermula big bang, masa juga bermula. Bolehkah sesuatu yang mempunyai had itu terjadi dengan begitu sahaja? Pengalaman kita mengata setiap dunia ini mempunyai penyebabnya. Walaupun kita tidak dapat lihat Sang Pencipta, tekaan terbaik menyatakan ada Sang Pencipta. Kesimpulan yang menyatakan bahawa tiada pencipta pada alam yang finite ini sebenarnya lagi tidak logik sebab ia bertentangan dengan pengalaman dan pengetahuan kita tentang setiap satu mesti ada penyebabnya. Jadi, kebarangkalian Tuhan itu wujud lebih tinggi drpd Tuhan tidak wujud.

Catatan Popular