mazhab kenapa

kami mendirikan tSoS. sebutan bagaimana, tanya isteriku, terpulang jawabku. 
ini bukan sebuah 'sekolah pemikiran' menurut pandangan aku.
ini tempat lepak orang - orang yang tercari - cari sesuatu, dan belum puas hati dengan penemuan yang telah ditemui, maka pencari - pencari yang tidak berpuas hati ini, berkumpul di sini.
kami mempertanyakan apa sahaja benda, apa sahaja perkara, mempersoalkan itu, mempersoalkan ini. 
jika methodology adalah isu, maka kami menjawab, methodology kami bukan orthodox, bukan fix, tetapi relative dan dynamic, mengemukakan pertanyaan demi pertanyaan, mencadangkan sapere aude (terjemahan dalam versi Khalid Jaafar lebih merangsang, berani berfikir menurut kefahaman sendiri) selalu bertanya, quest (?), inquiry, curiosity, skeptic dalam bahasa Melayu, atau loghat tempatan, 'yeke'. 
membezakan diri kami dengan pergerakan poser lain, kita tidak expose kepada caci maki ajaran / kepercayaan / belief / faith / ideology orang lain, insult adalah benda bodoh dan tidak berguna kepada umat manusia, sebaliknya kami mengemukakan pertanyaan demi pertanyaan, critique menjadi landasan kepada kumpulan ini.
kamu tidak akan berkembang dengan lebih jauh jika hanya tenggelam dalam dunia nista dan serangan - serangan peribadi / so personal, yang tidak menguntungkan atau memberi faedah kepada umat manusia.
discourse / wacana di kedai kopi menjadi acara mingguan kami, selain membikin video - video critical to the masses.

selepas ini akan memblog pula. jika ada rezeki lebih, akan dikompilasikan menjadi zine seterusnya buku dll. 

nantikan penangan kami.

Ulasan

Catatan Popular