jun, julai dan ogos hampir tak menulis apa. [catatan lama]
bolehlah aku beralasan bahawa aku selalu tulis blog. bahkan lebih kerap dari dahulu. [walaupun bukan menulis hari-hari]
cuma aku dan shahril azizi sahaja telah melakukan revolusi ini. puisi di jalanan. blog ini yang asalnya bilapuisiberjalan.blogspot.com dengan tajuk puisi-puisi jalanan.
tetapi aku telah menukar nama itu setelah berfikir banyak.
sebab itu cuma tema sepatutnya. kerana banyak lagi tema puisi-puisi jalanan akan aku dan komrad-komrad seni aku kemukakan. antaranya bila panjat gunong tadi. atau bawa sastera mengembara.
dan rupa-rupanya bila disemak semula, aku telah melakukan acara puisi jalanan ini tidak lama dahulu. tak jauh dari unikop dan di pasar malam. waktu itu maseh belum ada kamera.
kalau mahu dikira itu sebagai puisi jalanan, maka rozan azen, ahnaf juga aku antara performer first untuk acara ini. kemudian acara itu pada tahun ini, boleh dikatakan acara tahunan. aku merancang ingin melakukan lagi acara ini untuk beberapa bulan ini sementara mengumpul dana untuk pergi bawa sastera mengembara di indonesia. itupun belum pasti lagi jika aku tidak disekat ptptn.
Ulasan