catatan lama...

bermula. atau pemula? mana lebih tepat, dan mana lebih umph?
dan ini semua kerja gila bila aku frust bekerja. dan ini kali pertama aku memblog pasal utopia gila ini.

kataku pada soleh, bagaimana jika kita bercita-cita ingin menjadikan kotalumpur ini sebagai kota seni? sebagai kota para seniman? sebagai kota tempatduduk para seniman melepak dan mempamerkan karya seni mereka? seperti zaman dulu, zaman pyanhabib dan rakan-rakan?

aku akan ingat sampai bila-bila apa aku buat ini. ini catatan pertama di blog tentang apa aku buat hampir seminggu ini. tatkala ada dengung-dengung bingung mengatakan bahawa aku sengaja membuat benda bodoh, siasia dan tak berguna, ada juga nasihat-nasihat ikhlas mahukan aku terus buat apa aku percaya.


puisi jalanan. atau sebenarnya aku hampir tiada nama pada mula. aku cuma katakan pada kawan aku sekaligus bos aku, eddy gordo aku mahu chow dan datang ke kl. aku mahu jadi seperti pyanhabib. kemudian aku pm shahril azizi [bakat baru pam] dan dia memberi sokongan moral tak belah bahagi.

aku mahu buktikan pada dunia, seniman juga boleh bernafas dengan karya. jikalau eddy pendiri the yellow  boutique boleh survive di kl dan menyara aku hasil jualan t-shirt nya, maka mengapa tidak aku sebagai seorang seniman bernyawa atas nyawa sendiri tanpa perlu meminjam apa-apa daripada siapa-siapa?

Ulasan

Catatan Popular