Antara KL Gangster dan Bangkok Revenge..
Aku lebih gemarkan budaya, dan bagiku ini sangat penting sama sekali.
Kerana itu, aku cuba menonton filem - filem Melayu, walaupun aku mencuba untuk tidak menjadi 'nasionalis seni', kerana aku berpandangan, jika aku tidak menonton filem - filem Melayu, siapakah yang akan menonton filem - filem Melayu?
Maka bila aku menonton 'Bangkok Revenge' aku merasakan aku patut menuliskan sedikit komentar. Aku sengaja tidak menuliskan di dalam Facebook akan perkara ini, kerana akhir - akhir ini, apa - apa sahaja yang aku menulis, cepat betul mendapat 'like'. Aku tidak mahu menjadi artis atau selebriti agama, lebih buruk, 'selebriti orang miskin' yang memperagakan kemiskinan untuk mendapatkan perhatian. (ketika aku menulis tentang DAMPAK juga, lebih banyak like tanpa ada kesediaan hendak berkomentar, berbincang)
Antara Bangkok Revenge dan KL Gangster, ternyata filem arahan anak Yusuf Haslam itu ternyata lebih mempunyai harga dirinya sendiri, berbanding Bangkok Revenge, yang tiada identiti. Sekurang - kurangnya Shamsul Yusuf masih memasukkan 'bahasa Melayu' *walaupun pasar, ke dalam naskhah seninya itu.
Dan plotnya ternyata lebih kemas berbanding Bangkok, yang tiba - tiba, kita kena menunggu anak itu (Manit) menjadi dewasa dahulu untuk membalas dendam terhadap penembak yang menembak tempurung kepalanya ketika kecil. Jangka masa dalam KL Gangster pula adalah lebih logik dan tidak jauh, hatta jika mahu dimasukkan kedua - dua siri KL Gangster sekalipun, iaitu tempoh antara dewasa Malik sebelum dan selepas keluar penjara. Jika kita berada di dalam filem KL Gangster, kita tidak akan menjadi lenguh untuk menunggu watak utama menjadi besar terlebih dahulu untuk membalas dendam.
Bagaimana anak itu larat menunggu sehingga dewasa (dan menyebabkan nurse yang cantik itu, menjadi tua, bukankah boleh digantikan sahaja watak nurse yang cantik itu dengan nurse berumur nenek, dan boleh mengurangkan kos bayaran untuk pelakon?)dan masih ingat lagi penembak yang menembak tempurung kepalanya sewaktu masih belum baligh?
Apakah penembak itu trauma akan kes itu dan tidak melakukan apa - apa jenayah, dan hanya memikirkan budak kecil itu saban malam setiap hari bermimpi - mimpi? Apakah hebatnya sangat watak budak itu? Apakah budak itu mempunyai super power yang tersendiri?
Tiba - tiba sekali lagi, anak yang rupanya asia (Siam) menjadi putih melepak dan bercakap bahasa orang putih, sampai setiap samseng yang hendak memukul anak muda itu, semuanya samseng itu terpaksa berbicara di dalam bahasa Inggeris. Ini sangat bodoh sekali. Salute pada Shamsul Yusuf yang tidak sebodoh pengarah Bangkok itu. Kita tidak pasti, bila masa pula anak Siam itu sempat belajar bahasa Inggeris dalam perjalanannya menjadi dewasa, yang paling menghairankan bila samseng - samseng pun turut terpaksa bercakap bahasa Inggeris dengan protagonist itu, dan bercakap Siam bila berada sesama mereka. Hei, ini filem Thailand, atau filem Inggeris?
Bagiku, jati diri adalah persoalan wahid. Jika kau tiada jati diri, maka segala kelakuan kau sememangnya adalah kelakuan yang dicetak rompak. Untuk menghasilkan karya - karya seni yang berkualiti dan mempunyai jati diri yang tersendiri, seseorang itu mestilah berhenti menjadi bodoh dan tenggelam dalam rendah diri (inferiority complex) dan melupakan sejarahnya. Sekiranya belum ada apa - apa sejarahnya yang belum tertulis, (sejarah di sini tidak kira sama ada dari sudut bangsa, agama, atau ideologi) dia wajar memilih salah satu di antara ketiga - tiga tersebut, untuk menerapkan di dalam karyanya itu.
Memang tidak dinafikan sesungguhnya filem - filem Shamsul Yusuf sangatlah jauh dari apa - apa mesej, tetapi aku menumpukan kepada apa yang tidak ditumpukan kritikan - kritikan kepada filem - filem pop sebegini. Bagi aku, biarlah dia mahu pop kah, atau apa, yang penting, logik dan harga diri sesebuah filem adalah menjadi pembeza antara filem yang baik, atau filem yang murah, yang memang layak pun untuk dicetak rompak dan dirugikan.
*untuk Shamsul Yusuf, janganlah menangis bila filem kamu dicetak rompak. Jika filem kamu benar - benar bagus, orang akan tetap mencari yang original juga.
Aku dapat merasakan betapa kekeliruan yang menyelubung hidup seseorang itu yang tiada budayanya tersendiri. Asyik - asyik mengikuti budaya - fesyen orang lain.. Datang Tok Arab ikut budaya Tok Arab. Datang Barat ikut budaya Barat.
Lost. Hilang identiti.
Sebab itu aku malas betul bila mendengar ahli - ahli politik kita terkial - kial nak cakap bahasa Inggeris depan audien dia yang ramai betul orang Melayu jika hendak nak dibuat perbandingan, orang Melayu boleh tahan jumlah yang hadir untuk mendengar sesuatu forum, tak kisahlah di Dewan Himpunan Cina, atau di Petaling Jaya, apatah lagi di Shah Alam.
Mereka seperti tiada identiti mereka sendiri. Lebih baiklah mereka bercakap Cina atau Tamil dari bercakap bahasa Inggeris. Ternyata mentaliti terjajah itu sampai hari ini menjadi beban kepada pemikiran mereka.
Kerana itu, aku cuba menonton filem - filem Melayu, walaupun aku mencuba untuk tidak menjadi 'nasionalis seni', kerana aku berpandangan, jika aku tidak menonton filem - filem Melayu, siapakah yang akan menonton filem - filem Melayu?
'jika kita sendiri yang tidak bercakap menggunakan bahasa Melayu, siapakah pula agaknya yang mahu bercakap menggunakan bahasa Melayu'?
Maka bila aku menonton 'Bangkok Revenge' aku merasakan aku patut menuliskan sedikit komentar. Aku sengaja tidak menuliskan di dalam Facebook akan perkara ini, kerana akhir - akhir ini, apa - apa sahaja yang aku menulis, cepat betul mendapat 'like'. Aku tidak mahu menjadi artis atau selebriti agama, lebih buruk, 'selebriti orang miskin' yang memperagakan kemiskinan untuk mendapatkan perhatian. (ketika aku menulis tentang DAMPAK juga, lebih banyak like tanpa ada kesediaan hendak berkomentar, berbincang)
Antara Bangkok Revenge dan KL Gangster, ternyata filem arahan anak Yusuf Haslam itu ternyata lebih mempunyai harga dirinya sendiri, berbanding Bangkok Revenge, yang tiada identiti. Sekurang - kurangnya Shamsul Yusuf masih memasukkan 'bahasa Melayu' *walaupun pasar, ke dalam naskhah seninya itu.
Dan plotnya ternyata lebih kemas berbanding Bangkok, yang tiba - tiba, kita kena menunggu anak itu (Manit) menjadi dewasa dahulu untuk membalas dendam terhadap penembak yang menembak tempurung kepalanya ketika kecil. Jangka masa dalam KL Gangster pula adalah lebih logik dan tidak jauh, hatta jika mahu dimasukkan kedua - dua siri KL Gangster sekalipun, iaitu tempoh antara dewasa Malik sebelum dan selepas keluar penjara. Jika kita berada di dalam filem KL Gangster, kita tidak akan menjadi lenguh untuk menunggu watak utama menjadi besar terlebih dahulu untuk membalas dendam.
Bagaimana anak itu larat menunggu sehingga dewasa (dan menyebabkan nurse yang cantik itu, menjadi tua, bukankah boleh digantikan sahaja watak nurse yang cantik itu dengan nurse berumur nenek, dan boleh mengurangkan kos bayaran untuk pelakon?)dan masih ingat lagi penembak yang menembak tempurung kepalanya sewaktu masih belum baligh?
Apakah penembak itu trauma akan kes itu dan tidak melakukan apa - apa jenayah, dan hanya memikirkan budak kecil itu saban malam setiap hari bermimpi - mimpi? Apakah hebatnya sangat watak budak itu? Apakah budak itu mempunyai super power yang tersendiri?
Tiba - tiba sekali lagi, anak yang rupanya asia (Siam) menjadi putih melepak dan bercakap bahasa orang putih, sampai setiap samseng yang hendak memukul anak muda itu, semuanya samseng itu terpaksa berbicara di dalam bahasa Inggeris. Ini sangat bodoh sekali. Salute pada Shamsul Yusuf yang tidak sebodoh pengarah Bangkok itu. Kita tidak pasti, bila masa pula anak Siam itu sempat belajar bahasa Inggeris dalam perjalanannya menjadi dewasa, yang paling menghairankan bila samseng - samseng pun turut terpaksa bercakap bahasa Inggeris dengan protagonist itu, dan bercakap Siam bila berada sesama mereka. Hei, ini filem Thailand, atau filem Inggeris?
Bagiku, jati diri adalah persoalan wahid. Jika kau tiada jati diri, maka segala kelakuan kau sememangnya adalah kelakuan yang dicetak rompak. Untuk menghasilkan karya - karya seni yang berkualiti dan mempunyai jati diri yang tersendiri, seseorang itu mestilah berhenti menjadi bodoh dan tenggelam dalam rendah diri (inferiority complex) dan melupakan sejarahnya. Sekiranya belum ada apa - apa sejarahnya yang belum tertulis, (sejarah di sini tidak kira sama ada dari sudut bangsa, agama, atau ideologi) dia wajar memilih salah satu di antara ketiga - tiga tersebut, untuk menerapkan di dalam karyanya itu.
Memang tidak dinafikan sesungguhnya filem - filem Shamsul Yusuf sangatlah jauh dari apa - apa mesej, tetapi aku menumpukan kepada apa yang tidak ditumpukan kritikan - kritikan kepada filem - filem pop sebegini. Bagi aku, biarlah dia mahu pop kah, atau apa, yang penting, logik dan harga diri sesebuah filem adalah menjadi pembeza antara filem yang baik, atau filem yang murah, yang memang layak pun untuk dicetak rompak dan dirugikan.
*untuk Shamsul Yusuf, janganlah menangis bila filem kamu dicetak rompak. Jika filem kamu benar - benar bagus, orang akan tetap mencari yang original juga.
Ulasan
Terima kasih kepada sifat-sifat Bahasa Malayu, bahasa ini terus kekal, bahasa ini berevolusi dengan baik mengambil perkataan-perkataan Inggeris, Arab, Sanskrit dan terus menapak di sini.
Aku memang benci bagaimana kerajaan mewar-warkan kisah Malaka sebagai permulaan tamadun Malayu, sungguh memalukan, sudahlah hanya berdiri 100 tahun, kemudian rakyat marhaen semuanya percaya, macam lembu, malah lebih teruk lagi.
Srivijaya apa cerita? Perkataan vijaya itulah sebab kita cakap dekat keluarga kita, rakan-rakan kita "Semoga Bijaya". Sekurang-kurangnya ia berdiri 700 tahun, banyak yang boleh digali. Lebih menarik lagi, Kerajaan Malayu adalah kerajaan pertama yang ditakhluki Kerajaan Srivijaya, kemudian mereka berdua berkahwin menjadi Kedatuan Srivijaya berstatus empayar. Lalu diperluaskan tanah jajahannya keseluruh Asia Tenggara sampai ke Vietnam nun, dan kebudayaan Malayu itu yang disebarkan keseluruhnya.
Kedatuan Srivijaya ini tidak dikaji, kasihan sungguh. Banyak benda kita tak tahu tentang masa silam kita. Identiti kebudayaan kita yang sepatutnya dibanggakan dengan sejarahnya. Tapi kita tak kaji pun. Biarkan sahaja ia terperap dek aliran masa. Sebab Srivijaya itu rakyatnya ramai Buddha? Itulah dia bila dah kena hijack. Nasib baik ada kisah terdekat, bagaimana Eropah bangkit kerana mengkaji ilmu-ilmu Graeco-Roman, budaya mereka. Kira patut lakukan yang sama. Srivijaya, Khmer dan Majapahit sedang menunggu. :)