pastikan ada fokus yang jelas

maka menulis itu bukanlah sebuah pekerjaan yang sembarangan.
bukanlah sebuah pekerjaan yang kecik anak. bukanlah sebuah pekerjaan yang dipandang ringan. jika kena dengan caranya, ia adalah sebuah pekerjaan yang lumayan.
maaf. lumayan yang aku cuba maksudkan di sini bukanlah lumayan dari segi kewangan -walaupun aku tidak setuju penulis kena dibiarkan miskin, terlantar dan terbiar- tetapi menulis bukanlah fokus utamanya untuk menjadi kaya raya.
Karl Marx itu menulis. dan dia miskin, sebaik sahaja dia mati karyanya menegang, karyanya menaik, karyanya diangkat, bukan satu, bahkan lebih dari satu. semasa dia hidup lagi namanya naik tocang. dia berjaya menggoncang.
Syed Qutb juga menulis. dan dia menjadi legend hasil penulisan dan sejarahnya yang disiat - siat regim pemerintah ketika itu.
maka penulisan bukan kerja untuk menjadi kaya raya sebenarnya. tetapi untuk mencari penghidupan.

Ulasan

Catatan Popular